Guru lelaki hantar video 'nakal' guru perempuan dalam WhatsApp

Guru lelaki hantar video ‘nakal’ guru perempuan dalam WhatsApp sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Sebuah sekolah di Jawa Barat gempar selepas seorang guru lelaki berusia 51 tahun bertindak menghantar video ‘nakal’ bersama guru perempuan berusia 41 tahun dalam kumpulan WhatsApp PGRI.

Lapor Kompas.com, lelaki itu malah menghantar lima gambar lucah guru perempuan itu.

Selepas memuat naik video dan foto lucah itu, guru itu gagal dihubungi dan sehingga kini tidak diketahui motif dan tujuan dia berbuat demikian.

Difahamkan, suspek sudah meninggalkan rumah dan terputus hubungan dengan ahli keluarga sejak 11 Julai lalu.

Menurut keterangan isterinya, lelaki itu keluar rumah tanpa membawa sebarang dokumen mahupun barangan lain.

Dua hari selepas itu, kes tersebut dilaporkan kepada Pengetua sekolah.

Guru wanita itu pula dipanggil bagi membantu siasatan pihak polis.

Wanita itu ditemani suaminya dan pengetua sekolah ke pejabat pendidikan daerah.

Guru wanita itu mengaku merupakan individu di dalam video tersebut.

Katanya, kejadian itu berlaku sejak lima tahun lalu dan dia tidak memiliki video mahupun gambar lucah itu.

Video berdurasi dua minit 50 saat itu menunjukkan adegan dalam sebuah bilik tidur.

Selain wajah kedua-dua guru itu, bilik tersebut turut dihiasi sebuah almari, kipas angin dan tingkap.

Disebabkan kejadian memalukan itu, guru wanita itu berasa berat hari datang ke sekolah untuk mengajar.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN