Gula-gula Skittles boleh sebabkan kanser?

Gula-gula Skittles boleh sebabkan kanser?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu tuntutan mahkamah mendakwa pengambilan sejenis gula-gula berwarna mungkin membawa kesan sampingan buruk kepada kesihatan manusia.

Lapor Metro, Jenile Thames memfailkan saman terhadap syarikat makanan ringan, Mars yang mengeluarkan gula-gula berwarna Skittles dengan mendakwa gula-gula terbabit `tidak sesuai untuk dimakan’.

Katanya, ini kerana ia mengandungi kesan bahan kimia yang dikenali sebagai titanium dioksida.

Thames mengetuai tuntutan saman itu di California yang mendakwa syarikat makanan ringan tersebut gagal memberi amaran secukupnya kepada pelanggan mengenai kehadiran bahan kimia tersebut.

Malah, syarikat itu turut didakwa melakukan penipuan dan kegagalan bertindak.

Titanium dioksida atau TiO2 merupakan bahan pewarna yang biasa digunakan dalam konfeksioneri serta barang lain seperti kek, lilin, ubat gigi dan cat.

Sebelum ini, penggubal undang-undang Eropah mengharamkan penggunaan TiO2 sebagai bahan tambahan makanan pada Mac lalu dan larangan akan itu berkuatkuasa pada Ogos.

Larangan itu dibuat selepas wujudnya kebimbangan ia mungkin mengakibatkan genotoksisiti, kerosakan pada DNA yang kebarangkalian menyebabkan kanser.

Pada 2016, Mars menyatakan pihaknya akan menghapuskan semua pewarna buatan termasuk TiO2 secara berperingkat dalam tempoh lima tahun namun tuntutan mahkamah memaklumkan syarikat itu gagal mematuhi janji tersebut.

Menjawab kepada tuntutan saman itu, Mars memaklumkan Skittles dihasilkan dengan mematuhi semua peraturan dibawah Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.