Giliran wilayah Anhui pula jalani 'lockdown' akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Giliran wilayah Anhui pula jalani ‘lockdown’ akibat Covid-19

TINDAKAN China memperkenalkan dasar sifar Covid-19 mengundang banyak kritikan khususnya daripada Barat berikutan pelaksanaan perintah berkurung mengancam kestabilan rantaian bekalan sedunia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai 1.7 juta orang dikenakan perintah berkurung di wilayah Anhui selepas pihak berkuasa kesihatan mengesan hampir 300 kes jangkitan Covid-19 hari ini.

Lonjakan kes itu berlaku ketika ekonomi China mula ‘mahu pulih’ selepas terjejas teruk akibat perintah berkurung di Shanghai dan Beijing sejak beberapa bulan lalu.

Dua daerah di Anhui iaitu Sixian dan Lingbi dikenakan perintah berkurung pada minggu lalu, menyaksikan penduduk boleh keluar dari rumah mereka sekiranya sudah melakukan ujian dan keputusan negatif.

Anhui melaporkan 287 kes jangkitan baharu hari ini, termasuk 258 yang tidak mempunyai gejala, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 1,000.

Wilayah jiran, Jiangsu turut merekodkan 56 kes jangkitan baharu di empat bandar utamanya.

Strategi sifar Covid-19 yang dilaksanakan China dilihat ‘memberi kesan’ terhadap pemulihan ekonomi negara ini apabila banyak wilayah dan daerah ditutup apabila jangkitan dikesan.

Penutupan itu menyebabkan banyak operasi perniagaan dan perindustrian tidak dapat dilakukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya