Giliran AS pula berdepan kebakaran hutan akibat gelombang haba - Utusan Malaysia

Giliran AS pula berdepan kebakaran hutan akibat gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kebakaran hutan di California yang tercetus sejak Jumaat lalu memusnahkan beribu-ribu hektar kawasan.

Bencana alam itu berlaku ketika jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) berdepan cuaca panas terik dengan suhu yang sudah memecahkan rekod sedia ada dan dijangka terus meningkat.

Gelombang haba yang merangkumi beberapa kawasan itu meningkatkan risiko kebakaran, seperti kebakaran besar yang tercetus pada Jumaat lalu di California berhampiran Taman Negara Yosemite.

Ia turut mengancam pokok sequoia gergasi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Kebakaran yang disifatkan sebagai ‘letupan’ oleh pihak berkuasa itu terus meningkat daripada kira-kira 240 hektar kepada kira-kira 3,800 hektar dalam tempoh 24 jam.

Tertumpu di Mariposa County, kebakaran itu turut memusnahkan 10 bangunan dan merosakkan lima lagi premis lain, manakala ribuan lagi kediaman kini terancam.

Menurut pegawai maklumat awam Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Hector Vasquez, setakat ini lebih 6,000 penduduk sudah dipindahkan, susulan kebakaran masih marak pada petang semalam.

Vasquez berkata, lebih 500 anggota bomba dikerah untuk memadamkan api dengan bantuan pesawat.

Pegawai yang dipetik oleh Los Angeles Times, berkata ia kemungkinan mengambil masa seminggu untuk mengawal kebakaran berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya