JAKARTA: Gempa bumi ‘menggoncang’ wilayah Aceh dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter, pagi tadi.
CNBC Indonesia melaporkan, gempa berlaku pada pukul 10.03 waktu Indonesia barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), kejadian itu tidak berpotensi berlakunya tsunami.
Gempa turut dirasai hingga ke Calang dan Meulaboh.
Bagaimanapun BMKG menasihatkan orang ramai terhadap gempa susulan.