Fosil tulang rahang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Sepanyol - Utusan Malaysia

Fosil tulang rahang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Sepanyol

SERPIHAN tulang rahang manusia ini ditemukan di Sepanyol pada bulan lalu. -
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Satu serpihan tulang rahang manusia yang ditemukan di Sepanyol pada bulan lalu dipercayai berusia 1.4 juta tahun, menjadikannya kemungkinan fosil paling tua pernah ditemukan di benua Eropah.

Sehingga kini, fosil manusia tertua yang pernah ditemukan di Eropah di tapak yang sama pada 2007 dianggarkan berusia 1.2 juta tahun.

Lapor Daily Mail, fosil itu ditemukan di tapak arkeologi pada 30 Jun lalu di pergunungan Atapuerca yang terkenal dengan penemuan sejarah manusia zaman purba.

Pasukan arkeologi secara rasminya belum menentukan usia tulang rahang tersebut, namun disebabkan ia ditemukan lebih dalam berbanding penemuan ini, maka mereka membuat hipotesis ia lebih berusia.

Tulang rahang itu diukur sepanjang 7.6 sentimeter.

Seorang daripada pengarah di tapak arkeologi tersebut, Jose Maria Bermudez de Castro berkata, mereka memerlukan masa antara enam hingga lapan bulan untuk melakukan analisis bagi mengenal pasti usia sebenar fosil tersebut.

Selain itu, pasukan saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti tulang rahang itu daripada era manusia yang ke berapa.

“Kami perlu meneruskan kajian ini sekurang-kurangnya setahun lagi.

“Apa yang boleh kami katakan, kami sudah menemukan fosil manusia yang sangat penting, yang menunjukkan kewujudan populasi pertama di Eropah,” kata Castro.

Satu kajian yang diterbitkan pada Mac lalu mendapati tulang rahang keturunan manusia pertama adalah sangat kuat kerana sering menggunakan mulut untuk menggigit bahan mentah sebelum kewujudan senjata tajam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN