Florida dikuarantin akibat siput babi gergasi

Florida dikuarantin akibat siput babi gergasi

SIPUT babi gergasi itu mampu membesar sehingga 20.32 sentimeter (cm) seperti seekor tikus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Pihak berkuasa Florida melaksanakan kuarantin di seluruh bandar susulan penemuan siput babi gergasi yang boleh membesar sehingga 20.32 sentimeter (cm) seperti tikus.

Memetik laporan Daily Mail, haiwan dari kelas gastropoda yang berasal dari Afrika itu, dikesan membawa parasit lungworm yang menyebabkan meningitis pada manusia.

Menurut laporan, pihak berkuasa mengenakan kuarantin berkenaan selama dua tahun.

Bagaimanapun, dalam tempoh kuarantin itu, penduduk hanya dilarang untuk memindahkan tumbuhan, tanah, sisa halaman, serpihan, baja dan bahan binaan di luar kawasan zon.

Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida (FDACS) mengesahkan siput itu ditemukan di bandar Port Richey, utara Tampa pada 23 Jun lalu.

Malah, jelas agensi itu, kawasan berkenaan sudah dilaksanakan kuarantin pada keesokan harinya.

Siput itu juga dikesan merosakkan alam sekitar, menjejaskan lebih 500 pelbagai tumbuhan dan konkrit yang mampu membahayakan infrastruktur.

Sementara itu, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), siput darat pertama kali dikesan di selatan Florida pada tahun 1960-an.

Jelas jabatan itu, pihaknya membelanjakan kira-kira AS$1 juta (RM4.40 juta) dan mengambil masa hampir 10 tahun untuk menghapuskan serangga perosak di kawasan tersebut.

Katanya, siput itu membiak dengan cepat dan mampu menghasilkan kira-kira 1,200 telur dalam setahun.

“Setiap siput mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina.

“Selepas proses pengawanan sekali sahaja, setiap siput boleh menghasilkan 100 hingga 500 biji telur.

“Malah, siput ini boleh membiak beberapa kali tanpa mengawan lagi. Serangga itu mampu menghasilkan telur setiap dua hingga tiga bulan,” jelas jabatan itu.

Tambah kenyataan itu, siput berkenaan sukar dimusnahkan memandangkan ia tidak mempunyai sebarang pemangsa semulajadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya