Depp rakam lagu mengenai saman fitnah terhadap Heard  - Utusan Malaysia

Depp rakam lagu mengenai saman fitnah terhadap Heard 

JOHNNY Depp (kiri) dan Amber Heard (kanan). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pelakon popular Hollywood, Johnny Depp menulis lagu mengenai emosi dan pengalaman dialaminya sepanjang menghadiri perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Memetik laporan The Guardian, lagu itu bakal dilancarkan pada Jumaat ini.

Ia merupakan salah satu daripada dua lagu ditulis oleh Depp dalam album bertajuk `18’.

Lagu itu juga dirakam bersama pemain gitar, Jeff Beck.

“Apabila Depp dan saya mula merakam lagu itu bersama, ia benar-benar menyemarakkan semangat dan kreativiti kami. 

“Kami bergurau tentang perasaan kami kembali berusia 18 tahun semula dan itu juga menjadi tajuk album,” kata Beck.

Single pertama daripada album This is a Song for Miss Hedy Lamarr merupakan lagu asal dihasilkan oleh Depp.

Sementara itu, Depp menyifatkan album dihasilkan bersama Beck merupakan satu penghormatan buat beliau.

“Ia adalah penghormatan besar untuk merakam dan menulis lagu bersama Beck.

“Beck merupakan seorang pemain gitar yang cukup hebat dan istimewa kepada saya,” katanya.

Di samping dua lagu asal Depp, album itu turut menampilkan 13 lagu lain termasuk cover daripada artis Motown serta Beach Boys, John Lennon, Velvet Underground dan Killing Joke.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya