CIA dedahkan tiada bukti kukuh kesihatan Putin merosot

CIA dedahkan tiada bukti kukuh Putin sakit

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns mendedahkan sehingga kini tiada sumber perisikan yang dapat mengesahkan Presiden Russia, Vladimir Putin berada dalam keadaan tidak stabil atau kondisi kesihatan yang memburuk.

Jelasnya, tiada sebarang bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut dan Putin kelihatan ‘sangat sihat’, lapor BBC.

Burns mengeluarkan kenyataan selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan membekalkan Ukraine lebih banyak senjata jarak jauh.

“Terlalu banyak khabar angin mengenai kesihatan Putin dan setakat ini, kami dapat maklumkan beliau berada dalam keadaan yang sangat sihat,” katanya semasa Forum Keselamatan Aspen di Colorado.

Sebelum ini, media Barat rancak mencetuskan spekulasi mengenai pemimpin yang mencecah usia 70 tahun yang dikhuatiri menghidap penyakit berkemungkinan kanser.

Burns yang berkhidmat sebagai Duta ke Moscow berkata, dia sudah memerhati dan berurusan dengan pemimpin Russia itu selama lebih dua dekad.

“Putin adalah seorang individu yang sangat percaya dengan aspek ‘kawalan, intimidasi dan balas dendam’.

“Sifat-sifat ini telah sebati dengan dirinya sejak sedekad lalu.

“Beliau yakin takdirnya sebagai pemimpin adalah untuk memulihkan Russia sebagai sebuah kuasa besar. Beliau percaya kunci untuk melakukannya adalah mencipta semula pengaruh di kejiranan Russia dengan mengawal Ukraine,” jelasnya.

November lalu, Burns mengunjungi Moscow bagi memberi amaran tentang akibat serius sekiranya negara itu menceroboh Ukraine, berikutan maklumat risikan yang diperoleh AS mengenai rancangan operasi ketenteraan khas Russia.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN