Arab Saudi umum permohonan Visa Umrah dibuka hari ini

Arab Saudi umum permohonan Visa Umrah dibuka hari ini

SEMUA syarikat pengendali umrah berlesen akan dikelaskan mengikut gred bagi mencegah insiden penipuan pakej umrah mulai tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka bermula hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi, SPA melaporkan, jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi bermula 30 Julai ini.

Syarat permohonan visa umrah boleh disemak di portal kementerian menerusi pautan https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah.

Bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang ingin memohon lesen perkhidmatan umrah, maklumat lanjut boleh didapati di https://umralicense.haj.gov.sa.

Syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian IATA dan dokumen-dokumen berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pemohon visa juga disyaratkan mengambil vaksinasi yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain menpunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakukan sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan wabak Covid-19.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN