Lelaki alami serangan panik selepas hisap ganja

Alami serangan panik selepas hisap ganja

ORANG ramai membantu menyelamatkan mangsa yang sesak dada selepas menghisap ganja di pantai Pattaya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Seorang lelaki berusia 29 tahun dikejarkan ke hospital selepas menghisap ganja di sebuah panta, di sini baru-baru ini.

Lapor Thaiger, mangsa dipercayai terkena serangan panik selepas mengalami beberapa gejala selepas mengambil bahan tersebut.

Seksan mengalami sesak dada dan pening selepas menghisap ganja sebelum mendapatkan bantuan dari orang ramai.

Polis Pattaya menerima maklumat mengenai seorang pengunjung yang mengalami masalah pernafasan, masalah penglihatan, kebimbangan, pening dan sesak dada.

“Anggota penyelamat kemudian merawat mangsa sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan kesihatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu hanya pernah menghisap ganja beberapa tahun lalu, dan tidak biasa dengan kesan sampingan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Thailand melarang golongan muda mengakses ganja dan mengawal bagi penggunaan rekreasi selepas 33 organisasi bergabung menyerahkan surat bantahan.

Banyak kekeliruan timbul selepas Thailand membenarkan orang ramai menanam pokok ganja di kediaman masing-masing.

Bulan lalu, lebih 150,000 orang mendaftar untuk memohon kebenaran menanam ganja melalui Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.