12 mayat ditemukan berhampiran bangkai kapal karam - Utusan Malaysia

12 mayat ditemukan berhampiran bangkai kapal karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebanyak 12 mayat ditemukan berhampiran bangkai kapal yang terbelah dua sebelum karam di Laut China Selatan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak berkuasa, beberapa hari selepas kapal tersebut karam akibat ribut yang menyaksikan 30 kru hilang.

“Pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan, pasukan penyelamat menemukan 12 mayat yang dipercayai anak kapal yang hilang sebelum ini di kawasan kira-kira 50 batu nautika barat daya berhampiran lokasi karam.

“Pihak berkuasa akan melakukan kerja-kerja pengecaman identiti kesemua mayat yang ditemukan,” menurut Pusat Penyelamat dan Pencarian Maritim Guangdong menerusi satu notis.

Seramai tiga orang diselamatkan pada Sabtu lalu dan seorang lagi pada awal pagi ini.

Setakat ini, sebanyak tujuh pesawat, 246 bot dan 498 kapal nelayan dikerahkan untuk membantu mencari mangsa yang hilang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN