Wanita lahirkan anak dalam laut sambil ditemani suami

Wanita lahirkan anak dalam laut sambil ditemani suami

JOSY PEUKERT selamat melahirkan bayinya dalam laut tanpa sebarang alatan perubatan di Nicaragua.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAGUA: Seorang wanita selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan di Lautan Pasifik

Lapor Daily Mail, Josy Peukert, 37, hanya ditemani suaminya, Benni Cornelius, 42, semasa berada di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua. 

Ibu empat anak itu memuat naik video detik kelahiran cahaya mata bongsunya ke Instagram dengan hanya memiliki kit bersalin seperti tuala, mangkuk dengan penapis untuk menadah tali pusat dan kain.  

Menerusi video itu, ombak laut kelihatan menghempas belakang badannya semasa dia kesakitan untuk melahirkan anak. 

“Bunyi deruan ombak dapat menenangkan isteri saya ketika melahirkan anak, walaupun dalam kesakitan, namun dia masih berasa selesa,” kata suaminya.

Bayi lelaki itu diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius dan kini sudah berusia 13 minggu.

Suaminya memaklumkan selepas kandungan isterinya semakin sarat, dia menghantar anak-anak yang lain ke rumah kawannya sebelum mereka berdua menuju ke kawasan pantai. 

Peukert menjelaskan pilihan untuk melahirkan anak sendiri kerana doktor dan bidan menyebabkan golongan wanita lebih terganggu dan tidak yakin dengan keupayaan sendiri. 

“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini. 

“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan. 

“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kongsinya. 

Peukert berkata, selepas proses kelahiran itu selesai, dia kembali semula ke pantai untuk menyegarkan dirinya. 

“Selepas itu, kami kemas semua barang dan memandu pulang ke rumah dengan hanya kami bertiga.

“Saya langsung tidak berasa takut atau bimbang semasa meraikan kedatangan cahaya mata baharu ke dalam hidup kami,” katanya. 

Sehingga kini, tiada statistik rasmi merekodkan jumlah kelahiran bebas di seluruh dunia, namun, angka itu dipercayai masih kecil dan bertambah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya