Ukraine 'yakin' sertai EU, Russia tingkatkan serangan

Ukraine ‘yakin’ sertai EU, Russia tingkatkan serangan

JENTERA berat merobohkan sebahagian struktur bangunan pentadbiran yang menjadi sasaran serangan udara tentera Russia di Kharkiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menjangkakan Russia bakal meningkatkan serangan minggu ini apabila pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan sama ada mahu menyokong usaha negara ini menyertai blok itu.

“Jelas sekali minggu ini kita harus menjangkakan lebih banyak serangan dari Russia.

“Kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam ucapan video mingguan yang disiarkan setiap malam Ahad.

Zelensky berikrar tenteranya tidak akan memberikan kawasan selatan kepada sesiapa, termasuk kepada Russia ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberi amaran bahawa perang di Ukraine boleh berpanjangan selama bertahun-tahun.

NATO sebelum ini memaklumkan, tentera Ukraine bakal berdepan serangan Russia yang lebih sengit selepas eksekutif EU mengesyorkan Kyiv harus diberikan status calon untuk menyertai blok itu.

Namun, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pula memaklumkan, bekalan senjata canggih kepada tentera Ukraine akan meningkatkan peluang membebaskan wilayah timur Donbas daripada kawalan Russia.

“Kita mesti bersedia dengan hakikat bahawa ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak boleh berputus asa dalam menyokong Ukraine.

“Walaupun kosnya tinggi, bukan saja untuk sokongan ketenteraan, juga kerana kenaikan harga tenaga dan makanan,” katanya.

Tentera Russia mengarahkan pasukan tentera mereka ke timur dan selatan Ukraine sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selepas gagal dalam usaha menawan ibu kota Kyiv.

Dalam perkembangan lain, Gabenor Bank Pusat Russia, Elvira Nabiullina, memberi amaran ekonomi negara itu terkesan secara serius akibat sekatan dikenakan Barat.

Katanya, sebanyak 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terancam akibat tindak balas antarabangsa itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya