Turkiye terima bijirin curi dari Ukraine?

Turkiye terima bijirin curi dari Ukraine?

IMEJ satelit menunjukkan kapal pengangkut Russia membawa bijirin yang dicuri dari Ukraine untuk dihantar ke Latakia di Syria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Tentera Russia didakwa mencuri dan mengeksport bijirin milik Ukraine ke beberapa negara termasuk Turkiye.

Perkara itu didedahkan oleh Duta Ukraine ke Turkiye, Vasyl Bodna dan beliau menegaskan, Moscow yang tanpa sebarang rasa malu mencuri serta menjual bijirin milik negara itu dari Crimea kepada negara asing terutamanya Turkiye dan Syria.

“Kami sudah menghubungi pihak berkuasa Turkiye dan meminta bantuan mereka bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya menerusi mesej di Twitter.

Ukraine merupakan satu daripada pengeksport utama gandum dan minyak bunga matahari sebelum Russia menyerang negara itu pada 24 Februari lalu.

Ankara selama ini cuba mengimbangi hubungan baik antara Kyiv dan Moscow yang sudah lama terjalin.

Dalam peperangan yang berlaku, Turkiye selaku anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut menyumbangkan dron ketenteraan kepada Ukraine.

Selain itu, negara ini juga menawarkan menjadi orang tengah antara Ukraine dan Russia bagi menyelesaikan konflik antara mereka.

Pada masa sama, Turkiye enggan tunduk pada desakan Barat untuk mengenakan sekatan pada Russia yang juga penyumbang terbesar bijirin dan bahan api.

Dalam pada itu, atas permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ankara menawarkan bantuan untuk menjamin keselamatan koridor eksport bijirin dari Ukraine.

Oleh hal yang demikian, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov akan mengunjungi Turkiye pada Rabu ini bagi membincangkan perkara itu.

Harga makanan melonjak tinggi sejak perang bermula dengan negara di Afrika dan Asia Barat paling teruk terjejas kerana Russia menyekat semua akses ke pelabuhan Ukraine di Laut Hitam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN