Turkiye mengalah, sokong Sweden dan Finland sertai NATO - Utusan Malaysia

Turkiye mengalah, sokong Sweden dan Finland sertai NATO

BARISAN pemimpin NATO menandatangani memorandum ketika sidang kemuncak pertubuhan itu di Madrid, Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menari kuasa vetonya untuk membolehkan Sweden dan Finland menyertai Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) selepas pemimpin ketiga-tiga negara berkenaan bersetuju untuk melindungi keselamatan antara satu sama lain.

Keputusan itu dicapai selepas empat jam rundingan bersama ketiga-tiga negara sebelum sidang kemuncak NATO berlangsung.

Penarikan kuasa veto itu menyaksikan Helsinki dan Stockholm boleh meneruskan permohonan mereka untuk menjadi negara anggota NATO, sekali gus menjadi perubahan terbesar dalam keselamatan Eropah.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dan pejabat presiden Turkiye mengesahkan persetujuan itu menerusi kenyataan berasingan.

Stoltenberg memaklumkan, antara syarat perjanjian itu termasuk meminda undang-undang Sweden dan Finland untuk memperkukuhkan pendekatan mereka yang dilihat sebelum ini sebagai ancaman oleh Ankara.

Selain itu, Sweden dan Finland juga akan menarik sekatan penjualan senjata kepada Turkiye.

Ankara sebelum ini menzahirkan kebimbangan Stockholm membiayai pergerakan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang menentang kerajaan Turkiye pada 1984, namun Sweden menafikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan pejabat presiden Turkiye menjelaskan, perjanjian itu dicapai selepas Sweden dan Finland sanggup memberi komitmen untuk menentang semua kegiatan keganasan, termasuk PKK. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya