Turki kini rasmi dikenali sebagai Turkiye

Turki kini rasmi dikenali sebagai Turkiye

RECEP Tayyip Erdogan sudah lama berhasrat menukar nama Turki kepada Turkiye. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengumumkan Turki akan dikenali secara rasmi dengan nama Turkiye selepas ini.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, nama itu akan digunakan dalam semua bahasa dan penukarannya berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, PBB sebelum ini sudah menerima surat dari Ankara yang mahu menukar nama negara itu dari Turki kepada Turkiye.

Sehari sebelum itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavasoglu berkongsi gambarnya menandatangani surat yang dihantar ke PBB, sambil disaksikan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menerusi Twitter.

“Dengan surat yang saya tanda tangan dan dihantar ke PBB, nama negara kami akan ditukar kepada Turkiye.

“Penukaran ini secara tidak langsung akan menamatkan proses ‘meningkatkan nilai jenama negara kami’ yang sebelum ini diusahakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, negara itu berusaha untuk menukar nama pada jenama produk keluarannya dari ‘dibuat di Turki’ kepada ‘dibuat di Turkiye’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN