Tukang gunting dilarang cuci rambut pelanggan dua kali di Itali

Tukang gunting dilarang cuci rambut pelanggan dua kali di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Datuk bandar di sebuah bandar di Itali melarang tukang gunting dan pendandan rambut daripada mencuci rambut pelanggan mereka sebanyak dua kali sebagai usaha menjimatkan bekalan air ketika musim kemarau terburuk melanda negara ini.

The Guardian melaporkan, Datuk Bandar Castenaso, Carlo Gubellini berkata, ribuan liter air digunakan setiap hari hanya untuk mencuci rambut pelanggan sebanyak dua kali, di mana tukang gunting percaya kaedah itu sangat bagus untuk kesihatan rambut.

Castenaso dipercayai menjadi satu-satunya bandar di Itali yang mengambil pendekatan itu dan mana-mana salun yang tidak mematuhi peraturan tersebut bakal dikenakan denda sehingga 500 euro (RM2,316).

Castenaso yang mempunyai populasi seramai 16,000 mempunyai 10 kedai gunting rambut.

“Sekiranya kita menggandakan penggunaan air oleh setiap pelanggan, kita bercakap mengenai pembaziran ribuan liter air sehari.

“Castenaso adalah kecil dan kita tidak seharusnya membazirkan air sebanyak itu.

“Kesemua kedai gunting akan diarahkan tutup pada hari Ahad dan Isnin bagi memberi mereka peluang untuk terbiasa dengan peraturan baharu itu,” kata Gubellini.

Beliau turut memaklumkan, peraturan tersebut akan dikuatkuasakan sehingga penghujung September ini sehingga musim kemarau reda.

“Setakat ini, penerimaannya adalah positif dan kami tidak mempunyai niat untuk menyekat perniagaan mereka, sebaliknya menjaga faedah bersama,” ujarnya.

Namun, terdapat beberapa pihak yang menyifatkan peraturan itu tidak masuk akal, terutamanya apabila melibatkan pelanggan yang rambutnya sangat kotor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya