Tujuh tahun dipenjara kerana rasuah, Ikmal serik masuk politik

Tujuh tahun dipenjara kerana rasuah, Ikmal serik masuk politik

IKMAL (kiri) ketika ditemui wartawan di kediamannya di Kelurahan Kraton, Kota Tegal. -KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEGAL: Selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun empat bulan akibat kesalahan rasuah, bekas Datuk Bandar di Tegal, Ikmal Jaya secara rasminya mengumumkan keluar dari bidang politik. 

Ikmal yang pernah berkhidmat dari tempoh 2009 hingga 2014 berkata, dia sudah ‘putus asa’ dan enggan menyertai politik lagi. 

Katanya, dia kini memilih jalan dakwah sebagai bentuk berbakti kepada masyarakat.

“Saya masih berkhidmat kepada komuniti tetapi jalannya berbeza dan bukan lagi bidang politik,” katanya. 

Menerusi temu ramah bersama wartawan Kompas.com,  perwatakan Ikmal kini dilihat lebih warak dan banyak berbicara tentang keyakinan dirinya sebagai seorang Islam. 

Katanya, Penjara Kedungpane umpama seperti pondok pesantren buat dirinya. 

Dia mengaku lebih banyak menghabiskan waktu untuk beribadah dan mendalami agama seperti belajar menghafal al-Quran. 

“Terima kasih Allah SWT, kepada negara dan pihak penjara kerana saya banyak mendapat didikan agama dan berada di sana bukanlah perkara yang sia-sia buat saya,” katanya. 

Meskipun amat berat memikul gelaran banduan, Ikmal mengaku dia ingin menjadi manusia yang lebih baik. 

Jelasnya, sebagai individu yang pernah menjawat jawatan dalam kerajaan, dia berpesan kepada penjawat awam lain supaya bekerja bersungguuh-sungguh dan amanah dalam setiap tugasan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya