Tikam rakan hingga mati kerana enggan berhenti menyanyi

Tikam rakan hingga mati kerana enggan berhenti menyanyi

SUSPEK ditahan polis beberapa jam selepas menikam mati rakannya di Kendawi, Sulawesi Tenggara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDARI: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membunuh rakannya dalam satu kejadian, di sini Kendari, Sulawesi Tenggara.

Lapor Kompas.com, suspek yang hanya dikenali sebagai LS, berusia 33 tahun disyaki membunuh mangsa, Herlina Konstan larangka, 39, kerana wanita itu didakwa enggan berhenti menyanyi.

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi berkata, suspek bersama dua lagi rakannya mulanya beristirehat di rumah sewanya di Kadia sebelum mereka dihubungi mangsa.

Mangsa menghubungi seorang daripada rakan suspek memberitahu dia mahu datang ke rumah tersebut untuk bersantai bersama.

“Tidak lama kemudian, mangsa tiba di rumah suspek dan mula membuka YouTube menerusi telefon bimbit dan menyanyi.

“Perbuatan mangsa ditegur suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya.

“Suspek turut mengancam mangsa untuk menikamnya jika terus berdegil dan seperti yang dijangka, mangsa tidak mengendahkan amaran itu dan terus menyanyi sekuat hatinya,” kata Fitrayadi.

Jelas pegawai polis tersebut, suspek yang berang dengan tindakan mangsa terus berlari ke dapur dan keluar dengan sebilah pisau lalu menikam mangsa pada bahagian pinggangnya.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh dua lagi rakan mereka.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital akibat luka parah yang dialaminya,” ujarnya.

Fitrayadi memberitahu, polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya