Tiga maut, 11 cedera dalam tembakan di Philadelphia - Utusan Malaysia

Tiga maut, 11 cedera dalam tembakan di Philadelphia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tiga orang terbunuh dan 11 lagi cedera selepas beberapa individu bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah kawasan terkenal di Philadelphia, semalam.

Inspektor D.F Pace berkata, dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian itu.

Katanya, anggota polis membalas tembakan selepas mendapati beberapa penembak melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai.

“Ratusan orang berada di South Street meluangkan masa pada hujung minggu ketika insiden tembakan ini berlaku,” katanya.

Menurut Pace, pasukan polis kemudian melepaskan tembakan ke arah salah seorang penembak.

Namun, katanya, tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan terkena tembakan itu.

Media tempatan melaporkan setakat ini, tiada penahanan dibuat.

Pace berkata, pihaknya menemukan dua pistol di tempat kejadian.

Jelasnya, polis terpaksa menunggu sehingga pagi untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis perniagaan berhampiran yang sudah ditutup.

Tambah Pace, polis masih menjalankan siasatan mengenal pasti motif kejadian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya