Thailand hasilkan semburan hidung cegah Covid-19

Thailand hasilkan semburan hidung cegah Covid-19

SEMBURAN hidung berfungsi meneutralkan virus Covid-19 dan menghentikan jangkitan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan saintis Thailand giat membangunkan semburan hidung antivirus yang boleh mengawal jangkitan Covid-19 dengan meneutralkan koronavirus apabila ia memasuki hidung.

Semburan itu kini dalam fasa penyelidikan dan penghasilan.

Penghasilan semburan itu merupakan kerjasama oleh sektor awam dan swasta, termasuk Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn di sini yang sebelum ini berjaya menemukan antibodi digunakan dalam prototaip.

“Kami menjalankan penyelidikan dan menemukan antibodi yang merupakan imuniti dicipta oleh tubuh manusia untuk menghentikan Covid-19,” menurut Dr. Nakarin Sirisabya dari Fakulti Perubatan.

Semburan berasaskan antibodi menghentikan virus daripada menjangkiti badan melalui hidung, yang siantis percaya adalah laluan masuk utama Covid-19 ke sistem pernafasan.

“Maka, kami fikir dengan dengan menggunakan semburan berasaskan antibodi di hidung, antibodi akan memerangkap Covid-19 dan menghalangnya daripada memasuki badan,” ujar Sirisabya.

Berbeza dengan vaksin, semburan berasaskan antigen tidak diserap ke dalam badan atau kekal berkesan bagi tempoh lama.

Bahan semburan akan melekat pada virus yang memasuki hidung dan meneutralkannnya, sekali gus menghentikan jangkitan.

Selain itu, pembangunan semburan hidung berkenaan turut disertai Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Universiti Silpakorn dan firma swasta Hibiocy Co Ltd.

Semburan itu djangka akan diuji tidak lama lagi terhadap kumpulan sukarelawan di Institut Kanser Kebangsaan Thailand. – CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya