Tentera Laut Mexico rampas lebih satu tan kokain

Tentera Laut Mexico rampas lebih satu tan kokain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Tentera Laut Mexico merampas 1,347 kilogram bahan yang dipercayai kokain daripada dua bot di negeri Oaxaca.

Lapor Reuters, rampasan itu berlaku beberapa hari lalu, selepas Tentera Laut terlihat dua bot yang mencurigakan di tepi pantai Huatulco.

Sebuah helikopter dilihat membuat penerbangan ke tasik Chacahua dan melakukan pemindahan dadah tersebut ke sebuah van, selepas menyedari kehadiran Tentera Laut mengekori mereka.

Apabila sebuah helikopter Tentera Laut memintas van tersebut, penyeludup melarikan diri dan meninggalkan van yang sarat dengan 36 pek bahan dipercayai kokain.

Kes tersebut kini disiasat oleh pejabat Pendakwa Raya.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 14 tan kokain dirampas di pantai Mexico.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya