Tatu kasut Nike dicacah pada kaki - Utusan Malaysia

Tatu kasut Nike dicacah pada kaki

TATU kasut jenama Nike yang dicacah pada kaki salah seorang pelanggan. – JAM PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) sanggup mencacah tatu kasut kegemaran pada kakinya kerana ‘penat berbelanja’ untuk membeli kasut baharu.

Itu antara insiden didedahkan oleh seorang artis tatu, Dean Gunther, 34, yang memiliki studio tatu dikenali sebagai DG Tattoo di Greater Manchester.

Lapor Daily Mail, Gunther berkata, pelanggan itu mahu tatu reka bentuk kasut jenama Nike dicacah pada kedua-dua kakinya.

“Saya mahu mencipta ilusi mengenai individu itu sedang memakai kasut walaupun dia hanya berkaki ayam.

“Reka bentuk seperti ini sudah pasti menarik perhatian ramai kerana amat berlainan. Malah, pelanggan saya sangat menyukai tatu kasut baharunya,” kata NeedToKnow.online.

Menurut Gunther, dia mengambil masa selama dua jam untuk melakar reka bentuk kasut itu dan lapan jam lagi mencacah tatu pada kaki pelanggannya.

“Saya melihat imej itu dalam 360 darjah dan kemudian melakar dan mencacah tatu secara freehand,” katanya.

Dalam satu video, Gunther dilihat sedang mencacah tatu kasut Nike pada kaki pelanggannya.

Video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram berjaya menarik perhatian media sosial dengan mendapat lebih dua juta tontonan.

Gunther baru-baru ini pernah menjadi sensasi di internet selepas mencacah tatu bentuk perut six pack pada seorang pelanggan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya