Suami bawa kepala isteri yang terputus ‘bersiar-siar’ naik motosikal

Suami bawa kepala isteri yang terputus ‘bersiar-siar’ naik motosikal

PHUONG Ratha membunuh isterinya, Ly Srey Nouch, 23, selepas mendakwa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. - VIRAL PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Seorang lelaki di Kemboja mengaku memenggal kepala isterinya sehingga putus dan menyumbatnya ke dalam guni sebelum membawa kepala itu menaiki motosikal.

Lapor Daily Mail, Phuong Ratha, 27, membunuh isterinya, Ly Srey Nouch, 23, selepas mendakwa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Phuong membunuh isterinya dengan kejam di rumah mereka di Phnom Penh pada Jumaat lalu.

Lelaki itu mengelar leher Ly dan menetaknya hingga putus dengan menggunakan pisau pemotong daging selepas berang isterinya berlaku curang kepadanya.

Phuong kemudian memasukkan kepala isterinya yang terputus itu ke dalam guni putih dan membawanya dengan motosikal sebelum membuang guni tersebut di kawasan terbiar berhampiran.

Jiran pasangan itu, Phan Sreyphet terkejut selepas menemukan mayat Ly yang dikerat beberapa bahagian di atas lantai jubin yang berlumuran darah.

Polis kemudian melancarkan gerakan memburu Phoung dan berjaya menahannya pada keesokan hari di kampung halamannya di wilayah Takeo.

Phuong mengakui mengelar leher isterinya dalam keadaan cemburu serta marah dan cuba menyembunyikan kepala yang terputus itu.

“Saya cemburu dan merasakan isteri saya bertindak berlainan sejak kebelakangan ini.

“Saya tidak memukulnya sebelum membunuhnya, saya hanya menggunakan pisau untuk mengelar lehernya,” katanya.

Phuong mendakwa dia dan Ly berpindah rumah di Phnom Penh pada Februari lalu untuk memulakan kehidupan baharu bersama anak lelaki mereka yang berusia setahun.

Namun, jiran memberitahu Phuong sering bertindak ganas dan kasar dengan mangsa.

“Dia kerap menjerit pada Ly dan menuduhnya berbual dengan lelaki lain di telefon,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya