Sri Lanka henti jual bahan api selama dua minggu

Sri Lanka henti jual bahan api selama dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka yang bergelut dengan krisis kewangan kritikal mengumumkan pemberhentian semua penjualan bahan api selama dua minggu, kecuali untuk perkhidmatan penting.

Kerajaan Colombo juga merayu kepada sektor swasta supaya membenarkan pekerja melakukan kerja dari rumah selepas negara ini kehabisan bekalan bahan api.

“Bermula tengah malam Isnin, tiada bahan api akan dijual kecuali untuk perkhidmatan penting seperti sektor kesihatan kerana langkah penjimatan perlu dilakukan,” menurut jurucakap kerajaan, Bandula Gunawardana.

Pada masa sama, beliau memohon maaf kepada masyarakat berhubung masalah yang berlaku.

“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku ketika ini dan rakyat terpaksa menanggung kesusahan,” katanya.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan pada 1948, menyebabkan negara ini tidak dapat membeli keperluan penting seperti bekalan bahan api, makanan dan ubatan sejak hujung tahun lalu.

Pada minggu lalu, semua sekolah kerajaan ditutup dan institusi kerajaan perlu beroperasi dalam skala kecil sebagai langkah menjimatkan penggunaan bahan api.

Penutupan sektor kerajaan sepatutnya berakhir minggu ini, namun terpaksa dilanjutkan sehingga 10 Julai depan.

Sehubungan itu, kerajaan merayu kepada semua sektor supaya mengikut langkah yang sama.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Colombo memaklumkan kerajaan bakal melaksanakan sistem token bagi mengagihkan catuan stok bahan api yang terhad.

Pengumuman itu menyaksikan orang ramai beratur panjang di sejumlah stesen minyak yang masih menjual bahan api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya