Singapura rekod kematian pertama pesakit Covid-19 usia bawah 12 tahun - Utusan Malaysia

Singapura rekod kematian pertama pesakit Covid-19 usia bawah 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia semalam.

“Punca kematian akibat Encephalitis dicetuskan oleh Covid-19, Respiratory Syncytial Virus dan jangkitan Enterovirus.

“Kes itu merupakan kematian pertama di Singapura membabitkan pesakit berumur bawah 12 tahun,” menurut MOH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya.

Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti virus maut tersebut.

Bayi itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, selain tidak sedarkan diri.

Pesakit kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk.

Ujian tindak balas rantai polimerase mendapati bayi berkenaan positif Covid-19 serta dua virus lain – Rhinovirus/Enterovirus dan Respiratory Syncytial Virus.

Dalam pada itu, MOH mengucapkan takziah kepada keluarga pesakit.

“KKH sedang berhubung dengan keluarga untuk memberikan sokongan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 12 tengah hari semalam, republik itu melaporkan 5,309 kes baharu Covid-19 dan satu kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.