Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing - Utusan Malaysia

Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bermula hari ini, pekerja warga asing di Singapura tidak memerlukan kebenaran khas untuk meninggalkan asrama masing-masing, selepas dua tahun melalui pelbagai sekatan disebabkan Covid-19.

Bagaimanapun, aktivis mengkritik keputusan kerajaan mengekalkan beberapa sekatan yang disifatkan ‘menindas’.

Pertubuhan Kemanusiaan untuk Migrasi Ekonomi, Desiree Leong, mengalu-alukan penamatan syarat pas keluar tetapi mengecam sekatan yang masih berbaki sebagai ‘menindas’.

“Bagi penduduk di sini (selain pekerja asing), tidak ada lagi sebarang sekatan pergerakan. Agak sukar untuk difahami kewajaran untuk mengekalkan beberapa sekatan ke atas pekerja asing,” katanya.

Kira-kira 300,000 pekerja asing, kebanyakannya dari Asia Selatan, menetap di asrama di republik ini, di mana mereka biasanya berkongsi bilik dan tidur di katil dua tingkat.

Bangunan kompleks asrama yang luas itu terjejas akibat penularan Covid-19 dan pada permulaan pandemik, kesemua pekerja diarah menjalani perintah berkurung.

Susulan itu, tumpuan yang sebelum ini jarang diberikan kepada pekerja asing turut mendapat perhatian aktivis hak asasi kerana keadaan hidup mereka yang miskin dan diberikan gaji rendah.

Bagi kebanyakan penduduk di Singapura, sekatan pergerakan yang ketat hanya dilaksanakan untuk tempoh yang singkat, tetapi untuk sebahagian besar pekerja asing, mereka diarahkan untuk terus berada di dalam asrama masing-masing kecuali untuk pergi bekerja atau menjalankan tugas berkaitan penghantaran.

Pihak berkuasa melonggarkan sekatan secara beransur-ansur dengan membenarkan pekerja asing melawat ke ‘pusat rekreasi’ yang dibina khas dan melancarkan skim yang membolehkan mereka memohon ‘pas keluar’ khas untuk melawat kawasan tertentu.

Mulai hari ini, pekerja industri termasuk sektor pembinaan dan penyelenggaraan tidak lagi memerlukan pas untuk meninggalkan asrama masing-masing.

Bagaimanapun, disebabkan pihak berkuasa di Singapura masih melaksanakan langkah kawalan yang ketat, mereka perlu memohon kebenaran untuk melawat empat lokasi popular pada Ahad dan cuti umum, dengan 80,000 pas disediakan setiap hari.

Jurucakap Kementerian Sumber Manusia memberitahu, langkah itu diambil bagi mengawal jumlah kemasukan yang dijangka tinggi di kawasan berkenaan.

“Walaupun kami membenarkan lawatan komuniti, masih ada keperluan untuk berwaspada kerana wabak ini belum berakhir,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.