Siak masjid cabul tiga budak lelaki

Siak masjid cabul tiga budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEPOK: Seorang siak masjid berumur 47 tahun diberkas oleh pihak polis selepas didakwa mencabul tiga kanak-kanak lelaki di kawasan ini.

Lapor Tribunnews, Ketua Siasatan Jenayah Polis Depok, Yogen Heroes Baruno mendedahkan kejadian berlaku sekitar pukul 9.00 malam, 21 Jun lalu.

Jelasnya, ibu bapa mangsa berusia 13 taun dan penduduk menangkap individu yang disyaki melakukan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di bawah umur.

“Supek kemudian dibawa ke balai polis oleh orang ramai.

“Mengikut keterangan, siak itu mengaku melakukan tindakan pencabulan dengan tujuan untuk rawatan ruqyah mangsa.

“Mangsa dikatakan mempunyai masalah dalaman sebelum lelaki itu menawarkan diri untuk rawatan tersebut dan dibawa ke tempat tidur,” katanya.

Yogen berkata, siak tersebut mencabul mangsa di tempat tidur tersebut dan mangsa mengadu kepada ibu bapanya.

Setelah dijalankan siasatan, pihaknya mendapati terdapat dua kanak-kanak lain yang menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu tetapi mereka tidak melaporkan kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya