Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh - Utusan Malaysia

Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh

PENIAGA membancuh air teh di gerainya di Karachi, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Ekonomi Pakistan berisiko mengalami kemelesetan hanya kerana rakyatnya gemar minum teh disebabkan pengimportan bahan makanan itu amat tinggi di negara tersebut.

Justeru, rakyat di Pakistan diminta untuk mengurangkan pengambilan air teh bagi mengekalkan kedudukan ekonomi negara.

Memetik laporan BBC, Menteri Perancangan Pakistan, Ahsan Iqbal berkata, tabiat rakyat yang menghirup sedikit sahaja air teh setiap hari mampu mengurangkan bil import tinggi di negara ini.

Rizab mata wang asing yang rendah ketika ini hanya cukup menampung bagi tempoh sekitar dua bulan untuk semua import, menyebabkan negara memerlukan dana segera.

Pakistan merupakan pengimport teh terbesar dunia, dengan nilai import lebih AS$600 juta (RM2.65 bilion) tahun lalu.

“Saya merayu kepada rakyat Pakistan untuk mengurangkan pengambilan teh setiap hari sebanyak satu atau dua cawan kerana kita mengimport teh secara pinjaman,” katanya.

Beliau juga mencadangkan kepada peniaga untuk menutup gerai mereka pada pukul 10.30 malam bagi menjimatkan tenaga elektrik.

Kenyataan itu dibuat ketika rizab mata wang asing Pakistan terus menjunam dengan cepat sehingga
memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan kos import yang tinggi dan menyimpan dana
dalam negara itu.

RAKYAT PERTIKAI

Gesaan menteri yang meminta rakyat mengurangkan pengambilan air teh menjadi tular dalam media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi.

Rata-rata warganet mempertikaikan bagaimana masalah kewangan negara yang serius boleh ditangani dengan mengurangkan minum teh.

Rizab pertukaran asing Pakistan menurun daripada kira-kira AS$16 bilion (RM70.6 bilion), Februari lalu kepada kurang daripada AS$10 bilion (RM44.1 bilion) pada minggu pertama Jun.

Ia hampir tidak mencukupi untuk menampung kos dua bulan bagi semua import negara.

Bulan lalu, pegawai di Karachi mengehadkan import puluhan barangan mewah yang tidak penting, sebagai sebahagian daripada usaha melindungi dana.

Krisis ekonomi negara merupakan ujian besar bagi kerajaan di bawah pimpinan Shehbaz Sharif, yang menggantikan Imran Khan sebagai Perdana Menteri Pakistan dalam undian Parlimen, April lalu.

Selepas mengangkat sumpah, Shehbaz mendakwa pentadbiran Imran Khan bertanggungjawab atas
kesalahan tadbir urus ekonomi.

Malah, Shehbaz berkata, pihaknya bakal menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi terjejas.

Minggu lalu, Kabinet Shehbaz membentangkan belanjawan bernilai AS$47 bilion (RM207.6 bilion) antara lain bertujuan meyakinkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memulakan semula program bailout AS$6 bilion (RM26.5 bilion) yang terhenti.

Perjanjian IMF dirundingkan pada 2019 bagi meredakan krisis ekonomi yang dicetuskan oleh bekalan rizab mata wang asing yang rendah dan pertumbuhan yang tidak stabil selama beberapa tahun.

Namun, ia dihentikan sementara selepas peminjam mempersoalkan kewangan Pakistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya