Puluhan ribu pekerja kontrak di Bali bakal diberhentikan

Puluhan ribu pekerja kontrak di Bali bakal diberhentikan

PIHAK kerajaan negeri difahamkan sudah merancang untuk memberhentikan pekerja secara berperingkat.-TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARAPURA: Puluhan ribu pekerja kontrak di beberapa agensi kerajaan tempatan di Bali berdepan risiko diberhentikan kerja, lapor Tribunnews. 

Ancaman itu timbul selepas surat pekeliling Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi, Tjahjo Kumolo berhubung penghapusan pekerja dilaksanakan 28 November 2023. 

Surat yang disiarkan Selasa lalu, memperincikan tentang Undang-Undang Nombor 5, 2014 mengenai Aparatur Sipil Negara (ASN). 

Selanjutnya, undang-undang yang sama menyatakan pegawai ASN ditempatkan sebagai aparatur negara. 

Justeru, tiada lagi kakitangan bukan ASN daripada Kerajaan Pusat, wilayah hingga kerajaan tempatan.

Ketika ditemui Jumaat lalu, pegawai berstatus pekerja kontrak di Klungkung melahirkan kebimbangan dengan rancangan membuang pegawai ASN dari pemerintah pusat ke daerah.  

Lebih-lebih lagi, Pemerintah Kabupaten Klungkung telah menukar status pekerja kontrak kepada pekerja kehormat. 

Wayan R, 26, yang sudah bekerja selama enam tahun bimbang mengenai nasib dirinya. 

“Pasti saya gementar kerana selama ini pendapatan hanya sebagai pekerja kontrak. 

“Isteri saya juga pekerja kontrak, jika kontrak kami ditamatkan, apa akan terjadi pada kami?” soalnya. 

Malah, katanya, sekiranya dasar itu dilaksanakan, ia akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat. 

Katanya ketika ini, jumlah pegawai bukan ASN di Klungkung lebih 3,000 orang. 

Sehubungan itu, pihak kontraktor berharap kerajaan tempatan mengambil tindakan menyelamatkan nasib mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN