Projek kereta kabel bakal dibina di puncak Gunung Rinjani

Projek kereta kabel bakal dibina di puncak Gunung Rinjani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM: Indonesia bakal melaksanakan projek pembinaan kereta kabel bernilai 600 bilion rupiah (RM178 juta) di puncak Gunung Rinjani di Kampung Lantan, Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Lapor Kompas.com, Ketua Pelaburan Wilayah dan Perkhidmatan Integrasi Bersepadu, Mohammad Rum berkata, projek tersebut mendapat pendanaan daripada pelabur China.

Jelasnya, dana tersebut akan dicairkan melalui Kedutaan Besar China di Indonesia.

“Dana berjumlah 600 bilion rupiah itu mempunyai syarat sebelum dicairkan dan mesti melalui pengetahuan Duta Besar di negara ini,” katanya.

Mohammad berkata, syarikat tempatan PT Indonesia Lombok Resort turut terlibat dalam pembinaan projek kereta kabel tersebut.

“Mereka sudah mendapat permit dan Lanjutan Reka Bentuk Kejuruteraan sudah dihantar kepada kerajaan wilayah ini untuk dibincangkan.

“Pihak kerajaan bersama Kementerian Alam Sekitar akan membuat penilaian analisis impak alam sekitar yang dikemukakan oleh PT Indonesia Lombok Resort,” katanya.

Setakat ini, pihak pelabur sudah berusaha melengkapkan data dan pelan induk berkaitan rancangan pembinaan kereta kabel yang dianggarkan mempunyai jarak 11 kilometer.

Projek tersebut dibina di luar kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani Lombok dan tidak merosakkan habitat hutan di lokasi tersebut.

Pembinaan projek tersebut juga akan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN