PM Britain bimbang dunia mula 'bosan' dengan perang Russia-Ukraine - Utusan Malaysia

PM Britain bimbang dunia mula ‘bosan’ dengan perang Russia-Ukraine

BORIS JOHNSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan lawatan yang tidak dirancang ke Kyiv pada Jumaat lalu adalah demi menzahirkan sokongan London terhadap Ukraine di saat negara-negara lain mula berasa ‘lesu dan bosan’ dengan isu tersebut, lapor Sputnik.

“Sangat penting untuk melawat Ukraine khususnya di saat kritikal ini.

“Kami bimbang masyarakat dunia sudah mula lesu dan bosan akan krisis yang melanda Ukraine,” kata Johnson dipetik sebagai berkata dalam siaran televisyen Sky News.

Perdana Menteri Britain itu berkunjung ke Kyiv dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bagi rundingan bantuan ketenteraan.

Sehari sebelum itu, pemimpin Jerman, Perancis dan Itali turut melawat Ukraine dan bertemu dengan Zelensky.

Ramai berpendapat kunjungan itu sebagai usaha meyakinkan Kyiv untuk mengadakan rundingan damai dengan Moscow bagi menamatkan peperangan yang berlaku.

Dalam pertemuan yang berlangsung, ketiga-tiga pemimpin Eropah mengesahkan bahawa Ukraine diberikan status calon rasmi untuk menganggotai Kesatuan Eropah (EU), dan Suruhanjaya Eropah turut menyatakan sokongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN