Perang Russia-Ukraine masuki hari ke-100 - Utusan Malaysia

Perang Russia-Ukraine masuki hari ke-100

SEORANG wanita mengambil barangan yang masih boleh digunakan di celah runtuhan selepas rumahnya terkena serangan udara di Sloviansk di Donbas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOLEDAR: Hari ini merupakan hari ke-100 Moscow menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu, menyaksikan tentera Russia ketika ini melancarkan serangan demi serangan di Donbas bagi menawan timur negara ini.

Serangan skala besar itu dilancarkan kurang dari 24 jam selepas Kyiv mengumumkan Moscow kini menguasai 20 peratus wilayah Ukraine, termasuk Crimea dan sebahagian kawasan di Donbas yang dirampas pada 2014.

Tentera Russia menukar strategi untuk menguasai timur Ukraine selepas didakwa gagal menawan Kyiv susulan tentangan hebat daripada tentera Ukraine.

Namun, situasi itu hanya akan menyebabkan peperangan di negara ini berterusan, menyaksikan kemusnahan infrastruktur terus meningkat.

“Ketika ini, Russia sudah menguasai 20 peratus wilayah Ukraine, iaitu kira-kira 43,000 kilometer persegi,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Sejak peperangan bermula Februari lalu, Ukraine dan badan pemantau antarabangsa mendakwa ribuan penduduk di negara ini terbunuh dan melarikan diri, dengan Zelensky menuduh Russia membunuh sehingga 10 tentera mereka setiap hari.

Pertempuran darat antara tentera Ukraine dan Russia juga dilaporkan berlaku di Severodonetsk di Lugansk yang merupakan sebahagian dari Donbas.

Bandar itu merupakan kunci strategi untuk kemenangan Moscow yang ketika ini sudah pun mengawal 80 peratus kawasan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, sekatan demi sekatan yang dikenakan oleh Barat, diketuai Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih tidak menghentikan peperangan yang berlaku.

AS malah berjanji kepada Ukraine untuk menghulurkan bantuan berterusan bagi berdepan kemaraan tentera Russia.

Pada awal minggu ini, AS mengumumkan lebih banyak bantuan senjata termasuk sistem pelancar roket Himar akan dihantar ke Ukraine.

Namun, Moscow melihat tindakan itu sebagai provokasi terang-terangan dari Washington yang disifatkan ‘sebenarnya masih mahu perang terus berlaku’. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya