Pembangunan kompleks kerajaan Indonesia di Nusantara bermula Ogos ini - Utusan Malaysia

Pembangunan kompleks kerajaan Indonesia di Nusantara bermula Ogos ini

ILUSTRASI pemandangan Istana Presiden baharu yang akan dibina di ibu negara Indonesia baharu, Nusantara di Kalimantan Timur.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bakal memulakan pembinaan kompleks kerajaan di ibu kota baharunya di Nusantara pada Ogos ini, kata Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia, Basuki Hadimuljono.

Basuki berkata demikian ketika memaklumkan perancangan itu kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang dalam lawatan ke lokasi di mana istana negeri akan dibina, lapor Bloomberg.

Kerajaan Indonesia juga akan mula membangunkan prasarana di lokasi baharu tersebut, termasuk sistem air, membasmi kuman dan jalan bertol.

Indonesia merancang untuk memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur, dari Jakarta, untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan di luar pulau Jawa.

Nusantara, nama yang dipilih sebagai menggantikan ibu kota Jakarta, merupakan projek mega yang dianggarkan bernilai AS$34 bilion (RM150 bilion).

Nusantara dirancang sebagai bandar mesra alam yang akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya.

Bagaimanapun perancangan itu mendapat kritikan bahawa pembinaannya boleh mengancam satu daripada kawasan hutan hujan tertua di dunia.

“Apa yang paling penting ialah kita mahu menjadi berpaksikan Indonesia, bukan berpaksikan Jawa”.

“Apabila kita membuat garisan dari barat ke timur dan utara ke selatan, titik tengahnya ialah wilayah Kalimantan Timur ini,” kata Jokowi sebelum ini.

Jokowi menjemput pemimpin media untuk meninjau tapak pembinaan selain bercakap kepada pelajar universiti tentang ibu kota baru itu kelmarin.

Beliau sebelum ini menjangkakan Nusantara akan dapat disiapkan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.

Menurutnya, pembinaan Nusantara adalah satu tugasan besar dan kompleks untuk dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.