Pemandu kenderaan 4WD redah sungai penuh buaya

Pemandu kenderaan 4WD redah sungai penuh buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAKADU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda 4WD melakukan perjalanan berbahaya dengan melintas sungai yang dikelilingi buaya di pedalaman Australia.

Aksi berani yang dimuat naik dalam TikTok sejak dua tahun lalu, masih ditayangkan dalam media sosial sehingga meraih tontonan lebih 1.4 juta, lapor Daily Mail.

Klip video itu menunjukkan pemandu kenderaan mencuba nasib melintasi sungai dengan tidak mengganggu enam buaya yang menghalang laluan.

Pemandu itu dilihat berhenti beberapa kali bagi memberi laluan kepada buaya bergerak sebelum selamat sampai ke kawasan seberang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Penduduk tempatan turut menyaksikan aksi penuh risiko itu.

Lelaki itu antara ratusan pemandu lain yang mempertaruhkan nyawa memandu di kawasan yang menempatkan 120 buaya.

Cahills Crossing terkenal sebagai kawasan sungai paling berbahaya di Australia.

Kawasan itu antara tempat terbaik dan paling terkenal untuk melihat buaya beraksi sehingga menarik ribuan pelancong setiap tahun.

Masa terbaik untuk melihat kehadiran buaya adalah antara Julai hingga November setiap tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.