NASA kembali lancar roket dari Australia selepas 27 tahun - Utusan Malaysia

NASA kembali lancar roket dari Australia selepas 27 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Sebuah roket milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dilancarkan dari Australia buat pertama kali sejak tempoh 27 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Roket suborbital itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara (NT) awal pagi ini selepas pelancarannya ditangguh akibat hujan dan angin kencang, menurut The Australian Broadcasting Corporation.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini pernah melancarkan roket dari Australia pada 1995 dan ia adalah pelancaran pertama dari landasan pelancar komersial di negara asing.

Jelas NASA, roket itu mengembara kira-kira 300 kilometer ke angkasa untuk menjalankan kajian astrofizik di Hemisfera Selatan.

Ketua Menteri NT, Natasha Fyles menyifatkan acara itu sebagai ‘saat yang amat membanggakan’ bagi Australia.

Pusat Angkasa Arnhem yang dimiliki dan dikendalikan Equatorial Launch Australia (ELA) menyasarkan untuk menganjurkan 50 pelancaran setahun menjelang 2024.

Pelancaran roket seterusnya dijadualkan pada 4 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya