Milenial lebih suka terima arahan kerja menerusi emel, media sosial

Milenial lebih suka terima arahan kerja menerusi emel, media sosial

RAMAI pekerja tidak selesa menerima panggilan telefon ketika berada di pejabat kerana boleh menyebabkan situasi bertukar menjadi lebih tegang.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Golongan pekerja mahu panggilan telefon diharamkan di tempat kerja kerana mendapati ia boleh mencetuskan ‘konfrontasi’ dan bertukar suasana yang ‘agresif’.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Generation Z terhadap golongan pekerja milenial berusia bawah 40 tahun mendapati responden lebih menggemari teks mesej dan WhatsApp, lapor Daily Mail.

Majoriti pekerja lebih gemar saluran komunikasi melalui emel atau media sosial berbanding bercakap melalui telefon kerana menyebabkan mereka berasa lebih tertekan.

Kajian mendapati lebih tiga dari empat responden bersamaan 78 peratus mengaku mereka kerap mengabaikan panggilan telefon yang tidak dikenali kerana bimbang menyebabkan perbualan yang tegang.

Satu daripada sepuluh responden seboleh-bolehnya mahu mengelakkan perbualan bersemuka kerana bimbang membuatkan diri mereka gelisah.

Tim Agnew dari freebets.com yang mengetuai kaji selidik itu mendapati panggilan telefon berpotensi menyebabkan perbalahan dalam semua kelompok usia.

“Golongan pekerja lebih muda lebih gemar menerima mesej daripada bercakap melalui telefon.

“Ramai yang akan mengabaikan panggilan telefon dan lebih bersedia memberikan maklum balas melalui emel dan mesej di media sosial,” katanya.

Berdasarkan rekod pengawal selia komunikasi, Ofcom, jumlah masa yang diperuntukkan menerusi panggilan telefon adalah sebanyak 44 bilion minit pada 2018 lebih rendah berbanding 100 bilion minit, 2016.

Jelasnya, panggilan telefon jatuh buat kali pertama pada 2017 sebanyak 1.7 peratus, apabila lebih ramai beralih kepada bentuk pemesejan dalam talian lain.

Ofcom berkata, jumlah panggilan yang berkurangan adalah disebabkan ‘gejala perubahan asas dalam tingkah laku’ apabila ramai beralih kepada perkhidmatan pemesejan’.

Bagaimanapun, berlaku perubahan penerimaan panggilan telefon semasa wabak Covid-19 disebabkan ahli keluarga dan rakan taulan tidak dapat bertemu secara bersemuka.

Peningkatan panggilan menerusi talian tetap dapat disaksikan dengan peningkatan 15 peratus pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Tinjauan sama juga mendapati sembilan daripada sepuluh pekerja mahu tempoh bekerja dalam seminggu dikurangkan kepada empat hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya