Maut ditembak ketika main badminton

Maut ditembak ketika main badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY: Seorang penduduk maut ditembak oleh Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KBB) ketika bermain badminton di Deiyai, Papua New Guinea.

Ketua Perhubungan Awam Polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal berkata, mangsa bermain badminton bersama penduduk lain ketika kejadian.

“Mangsa ditembak di laluan masuk dewan itu oleh tiga anggota KBB bersenjata.

“Mangsa dikenali sebagai Enal, 32, tinggal di daerah Waghete di Deiyai,” katanya.

Ahmad Musthofa berkata, mangsa disahkan maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Paniai.

Sehingga kini, katanya, pihak polis masih mengawal lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan penduduk di sana.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya