Lembu dijangkiti FMD: Rakyat Indonesia takut makan daging

Lembu dijangkiti FMD: Rakyat Indonesia takut makan daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penularan wabak penyakit mulut dan kuku (FMD) yang menyerang ribuan haiwan ternakan, terutamanya lembu di beberapa daerah di Aceh dan Jawa Timur menyebabkan rakyat Indonesia kini takut hendak memilih daging sebagai sumber makanan.

Lapor Channel News Asia, penternak lembu, Dio Nurdin Setiawan, 30, berkata, dia menyedari sesuatu tidak kena berlaku terhadap lembunya, awal Mei lalu.

Selain menghidapi demam dan hidung berair, lembunya juga bernafas laju, kurang selera makan dan air liur berbuih.

Dia yang berasal dari Gresik, Jawa Timur, berkata, haiwan ternakannya menunjukkan gejala yang sama selepas beberapa hari dan bahagian kuku mula melepuh dan bernanah.

Katanya yang sudah tujuh tahun menternak lembu, dia tidak pernah melihat situasi lembunya menderita begitu teruk.

“Pada 5 Mei lalu, pegawai dari agensi penternakan datang ke ladang dan mendapati kesemua 20 ekor lembu saya disahkan positif FMD.

“Penyakit itu merebak cepat dan selepas seekor lembu dijangkiti FMD, haiwan lain juga akan terjangkit sama,” katanya.

PENTERNAK RUGI

Bagi Jubairi yang sudah menjalankan perniagaan lembu selama 16 tahun, serangan FMD menyebabkan dia kerugian besar.

Katanya, kebiasaannya dia mampu menjual sebanyak 20 lembu sehari dan mendapat keuntungan sehari 20 juta rupiah (RM6,076) sebelum Aidiladha.

“Tetapi sekarang adalah mustahil kerana lembu-lembu terpaksa dikuarantin.

“Saya juga tak boleh menjual balik lembu yang sudah pulih dari FMD, sekali gus menyebabkan tiada langsung urus niaga berlaku,” katanya.

Sementara itu, penternak dari Aceh, Wahid turut meluahkan perkara sama.

“Saya terpaksa menanggung belanja perubatan dan nilai haiwan ternakan kami semakin menurun disebabkan badan yang kurus,” ujarnya.

LEMBU DIKURUNG

Indonesia diisytiharkan bebas daripada FMD sejak 1986.

Penularan semula FMD menyebabkan Indonesia boleh mengalami kerugian AS$1.37 bilion (RM6 bilion) setahun.

9 Mei lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Kementerian Pertanian melaksanakan kuarantin terhadap haiwan ternakan yang dijangkiti bagi mengelakkan wabak itu merebak ke tempat lain.

Jokowi turut meminta ketua polis Indonesia memantau rapat pemindahan haiwan ternakan dari kawasan yang dijangkiti FMD.

Bagaimanapun, wabak itu merebak ke 16 dari 34 wilayah sehingga menjangkiti 20,723 lembu dengan dianggarkan jumlah keseluruhan lembu di semua wilayah berkenaan sebanyak 5.4 juta.

Golongan penternak yang memiliki haiwan yang dijangkiti FMD mengalami kerugian kerana mereka terpaksa menyembelih haiwan tersebut.

Kebimbangan besar turut timbul menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha bulan depan kerana lembu berisiko tidak mendapat permintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya