Lelaki maut minum racun tikus atas kubur isteri

Lelaki maut minum racun tikus atas kubur isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang lelaki di Mojokerto maut akibat minum racun tikus  di atas kubur isterinya. 

Lapor Kompas.com, mangsa dikenali sebagai Andri Budi Santoso, 46, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa oleh pihak polis. 

Ketua Polis Gedeg, Made Artajaya berkata, lelaki yang mempunyai tiga anak itu asalnya dilihat oleh saksi, Utomo, yang datang menziarahi kubur isterinya. 

“Andri dihantar oleh anaknya menggunakan motor Yamaha Mio. 

“Sekitar pukul 5.15 petang, saksi melihat mangsa duduk bersila dengan posisi membongkok di pusara isterinya. 

“Saksi kemudian berasa curgia kerana lelaki itu tidak bergerak dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

 Difahamkan, isterinya meninggal dunia akibat Covid-19, tahun lalu.

Made berkata, Utomo kemudian meminta bantuan penduduk lain dan melaporkan insiden tersebut ke pejabat polis. 

Jelasnya, pihak polis menemukan dua bungkus racun tikus dan ubat serangga di samping jasad mangsa. 

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat racun tikus yang dicampur dengan cecair ubat serangga. 

“Keterangan ahli keluarga memaklumkan lelaki itu hendak bernikah 3 Julai depan, tetapi mengalami masalah kewangan,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya