Lapangan terbang UK huru-hara - Utusan Malaysia

Lapangan terbang UK huru-hara

PENUMPANG terpaksa baring atas lantai disebabkan pembatalan penerbangan di Lapangan Terbang Stansted. - N.C   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rakyat Britain berdepan situasi huru-hara di beberapa lapangan terbang di negara itu, rentetan isu kekurangan kakitangan dan masalah teknikal.

Lapor Daily Mail, beberapa gambar keadaan lapangan terbang di seluruh negara menunjukkan penumpang beratur panjang dan terpaksa menunggu lama.

Malah, ada penumpang yang terpaksa baring atas lantai di lapangan terbang disebabkan penundaan penerbangan yang sangat lewat.

Pengendali lapangan terbang menyalahkan pemberhentian kakitangan secara beramai-ramai semasa pandemik Covid-19 disebabkan permintaan yang semakin menurun bagi perjalanan udara ketika perintah berkurung dilaksanakan.

Syarikat penerbangan kini bergelut untuk mengambil semula pekerja yang diberhentikan sebelum ini sehingga menyebabkan kekurangan kakitangan di beberapa bahagian seperti pengendalian darat dan kaunter daftar masuk.

Menurut sumber industri penerbangan, jumlah kakitangan yang diperlukan untuk bekerja ketika cuti musim panas adalah sekitar 80 hingga 90 peratus bagi lapangan terbang besar.

Katanya, bagi lapangan terbang kecil pula, kira-kira 70 peratus kakitangan diperlukan untuk bekerja ketika tempoh berkenaan.

Jelas sumber, sejumlah pekerja juga memutuskan untuk berhenti dari industri penerbangan dan tidak kembali semula berikutan pandemik Covid-19.

Selain itu, sumber berkata, antara masalah lain dikenal pasti adalah semakan latar belakang kakitangan baharu yang mengambil masa selama beberapa minggu.

Menurut kesatuan dan syarikat penerbangan, semakan latar belakang pekerja baharu yang tertunggak itu boleh mencecah 20,000 permohonan.

Sementara itu, United Kingdom menghadapi kekurangan pekerja, dengan terdapat lebih banyak kekosongan jawatan untuk diisi dalam industri lapangan terbang.

Ini sekali gus menunjukkan ramai individu enggan menerima gaji yang lebih rendah dan menjawat peranan yang lebih mencabar.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN