Korea Selatan, AS lancar lapan peluru berpandu balistik - Utusan Malaysia

Korea Selatan, AS lancar lapan peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan lapan peluru berpandu balistik hari ini, sebagai tindak balas kepada ujian pelancaran peluru berpandu Pyongyang pada hari sebelumnya.

Menurut Ketua Staf Bersama, kedua-dua negara itu melancarkan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) ke beberapa sasaran di Laut Timur atau dikenali sebagai Laut Jepun, pada awal pagi tadi.

Jelasnya, lapan peluru berpandu itu dilepaskan oleh tentera Korea Selatan dan AS ke udara kira-kira 10 minit.

Pelancaran itu dibuat sehari selepas Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat susulan Korea Selatan dan AS menamatkan latihan ketenteraan bersama.

“Tentera kami mengutuk sekeras-kerasnya siri provokasi peluru berpandu balistik Korea Utara.

“Kami juga mendesak republik itu menghentikan serta-merta tindakan yang meningkatkan ketegangan tentera di Semenanjung itu,” jelasnya.

Pelancaran terbaharu itu menunjukkan kekuatan bersama sekutu negara itu dibawah kepimpinan Presiden Korea Selatan baharu, Yoon Suk-yeol yang berikrar untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Pyongyang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya