KFC Australia ganti salad dengan kubis dalam burger, wrap  - Utusan Malaysia

KFC Australia ganti salad dengan kubis dalam burger, wrap 

KFC Australia menggunakan kubis dalam burger dan wrap kerana kekurangan salad. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Restoran makanan segera, KFC di Australia terpaksa menggunakan kubis dalam burger dan wrap ketika negara itu berdepan dengan kekurangan salad.

Lapor BBC, KFC Australia memaklumkan premis itu akan menggunakan campuran dua sayuran itu dalam hidangan makanan mereka selepas banjir memusnahkan tanaman salad di negara itu.

Situasi itu berlaku ketika rakyat Australia berdepan peningkatan harga sayuran dan buah-buahan yang lebih tinggi.

Beberapa gambar yang dimuat naik pengguna media sosial menunjukkan salad berharga lebih 10 dolar Australia (RM31.74) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding harga biasa.

“Ketika ini, kami sedang mengalami kekurangan salad disebabkan banjir baru-baru ini yang melanda New South Wales dan Queensland.

“Jadi, kami terpaksa menggunakan campuran salad dan kubis pada semua produk yang mengandungi salad sehingga dimaklumkan kelak.

“Sekiranya anda tidak gemar sayuran itu, anda boleh tekan butang `sesuaikan’ pada produk pilihan dan keluarkan salad daripada makanan ditempah,” jelas laman sesawang KFC Australia kepada pelanggannya.

Ini bukan kali pertama syarikat itu pernah dilanda krisis bahan makanan.

Pada Januari lalu, KFC Australia terpaksa mengubah suai menunya kerana mengalami kekurangan ayam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN