Kecoh harga ayam sejuk beku cecah RM230

Kecoh harga ayam sejuk beku cecah RM230

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebuah bungkusan ayam tertera harga lebih 70 dolar Singapura (RM230) mencetuskan polemik dalam media sosial sekali gus menyebabkan rantaian pasar raya NTUC Fairprice terpaksa menjelaskan perkara sebenar.

Syarikat itu menjelaskan bungkusan tersebut dengan label harga 72.27 dolar Singapura (RM231) bagi 3.2 kilogram (kg) ayam yang dibungkus 31 Mei lalu sebenarnya mengandungi dua ekor ayam.

“Kami sedia maklum tentang gambar yang dikongsikan mengandungi label harga ‘SB Whole Chicken’ yang ditampal pada bungkusan jenama Swiss Butchery.

“Produk itu berharga 22.50 dolar Singapura (RM72) bagi setiap kilogram dan label produk menunjukkan berat produk melebihi tiga kg, sedangkan terdapat dua ekor ayam yang dibungkus, ditimbang dan diletakkan harga di bawah label yang sama,” katanya lapor berita.mediacorp.

NTUC berharap penjelasan itu akan menangkis sebarang salah faham yang timbul disebabkan penularan gambar itu.

Harga ayam mengalami kenaikan sebanyak RM1.60 bagi setiap kilogram apabila Malaysia mengumumkan larangan eksport.

Sebelum ini, rakyat Singapura diminta supaya tidak membuat pembelian panik kerana bekalan ayam beku Singapura adalah mencukupi.

Menteri Kestabilan dan Alam Sekitar, Desmond Tan berkata, tabiat membeli ayam melebihi keperluan boleh menyebabkan isu kekurangan bekalan timbul.

Menurut Tan, sebanyak 70 peratus ayam import Singapura adalah jenis beku yang ditempah dari banyak negara.

Katanya, kerajaan juga berusaha mempelbagaikan sumber pembekal makanan setiap tahun, selain Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya