Jutaan rakyat Britain sambut Jubli Platinum bermula hari ini

Jutaan rakyat Britain sambut Jubli Platinum bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jutaan rakyat Britain dan seluruh dunia dijangka meraikan sambutan ulang tahun pemerintahan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II yang ke-70 atau dikenali sebagai Jubli Platinum bermula semalam.

Kebanyakan jalan-jalan utama di seluruh London dan beberapa tempat lain dihiasi dengan bendera diraja dan hiasan bagi memeriahkan sambutan tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Ratu Elizabeth mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan itu yang dijadualkan berlangsung selama empat hari.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Jubli Platinum ini.

“Saya terus memperoleh inspirasi yang baik dan berharap hari-hari mendatang memberi saya peluang untuk menilai semua yang dicapai sepanjang 70 tahun lalu, sambil kita melihat masa depan dengan yakin,” katanya.

Namun, penglibatan Elizabeth dalam sambutan kali ini mungkin sedikit terbatas kerana masalah kesihatan yang dialami beliau sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa ahli keluarga kerabat diraja termasuk anaknya, Putera Charles, 73, dan anak sulungnya, Putera William, 39, akan menggantikan tugas Elizabeth dalam sambutan berkenaan.

Sambutan itu akan dimulakan dengan perarakan tentera di tengah London dan Elizabeth akan menerima tabik hormat dari 1,5000 tentera dan pegawai dari balkoni Istana Buckingham.

Selain itu, tembakan meriam akan dilancarkan di London dan seluruh Britain di lautan.

Sementara itu, kaji selidik menunjukkan Elizabeth masih menjadi kerabat diraja paling popular, malah dihormati sehingga kini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN