Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt, batal beberapa siri konsert - Utusan Malaysia

Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt, batal beberapa siri konsert

JUSTIN Bieber mendedahkan mengalami sindrom Ramsay Hunt. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi Justin Bieber mendedahkan dia mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

BBC News melaporkan, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata, untuk itu beliau mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Menurutnya, beliau diiangkiti sindrom Ramsay hunt selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.

Beliau kini dalam jelajah Justice di Amerika Utara dan telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

Beliau berkata: “Virus menyerang saraf menyebabkan muka saya lumpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di sisi muka saya ini, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN