Ikan air tawar terbesar dunia ditemukan di Sungai Mekong - Utusan Malaysia

Ikan air tawar terbesar dunia ditemukan di Sungai Mekong

PARA saintis memeriksa ikan pari terbesar dunia yang ditangkap seorang nelayan di Sungai Mekong, Kemboja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seekor ikan air tawar yang disifatkan paling besar di dunia ditangkap di Sungai Mekong di Kemboja pada 13 Jun lalu.

Menurut projek penyelidikan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kemboja, Wonders, ikan pari air tawar itu diukur sepanjang empat meter dan seberat hampir 300 kilogram.

Rekod ikan air tawar yang pernah ditangkap sebelum ini adalah ikan keli seberat 293 kilogram yang ditemukan di Thailand pada 2005.

Pari tersebut ditangkap seorang nelayan tempatan di Stung Treng di timur laut Kemboja dan terus memaklumkannya kepada kumpulan saintis di bawah projek Wonders.

Saintis kemudiannya mengesahkan penangkapan itu dan menyifatkan pari berkenaan sebagai ikan air tawar terbesar dunia.

“Kami semua terkejut dengan tangkapan itu, Ikan tersebut amat besar dan kami kagum bagaimana pari berkenaan boleh mencapai saiz sebesar itu.

“Penangkapan itu secara tidak langsung menunjukkan Sungai Mekong masih menjadi syurga kepada pelbagai hidupan air dan kita seharusnya memelihara kelestarian sungai itu,” kata ketua saintis, Zeb Hogan.

Selepas diperiksa dan diukur, pari tersebut kemudiannya dilepaskan semula ke sungai.

Sejenis alatan turut dipasang pada badan pari itu untuk membolehkan para saintis mendapatkan maklumat mengenai cara hidup dan sifat haiwan tersebut. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya