Ibu simpan mayat anak dalam Tupperware

Ibu simpan mayat anak dalam Tupperware

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Penduduk di Kota Makassar dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia enam bulan yang dibungkus dalam bekas makanan jenama Tupperware di sebuah bilik asrama. 

Lapor Kompas.com, pihak polis berusaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah meninggalkan Makassar. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Biringkanaya, Nurman Matasa berkata, mayat bayi itu ditemukan oleh seorang pekerja yang sedang mencuci bilik sewa yang dihuni wanita itu sejak tahun lalu. 

Bagaimanapun, katanya wanita itu pulang ke kampung halamannya sejak tiga bulan lalu disebabkan ibu bapanya sakit. 

“Masa itu, saksi sedang membersihkan bilik tersebut kerana orang lain masuk ke bilik itu. 

“Kemudian dia terjumpa kotak kadbod dengan bau sangat busuk. Pekerja itu terkejut apabila mendapati bayi berada di dalam bekas itu,” katanya. 

Nurman berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN