Filem Top Gun: Maverick kutip RM4.4 bilion, paling berjaya 2022

Filem Top Gun: Maverick kutip RM4.4 bilion, paling berjaya 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Filem Top Gun: Maverick merupakan filem paling berjaya tahun ini selepas berjaya mengutip jualan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) dalam carta filem box office

Lapor The Guardian, filem tersebut juga merupakan naskhah paling berjaya sepanjang Tom Cruise bergelar sebagai pelakon serba boleh. 

Kutipan box office global filem itu kini mencecah AS$1.06 bilion (RM4.6 bilion) selepas 31 hari ditayangkan mengatasi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang memperoleh pendapatan tertinggi berjumlah AS$947 juta (RM4.16 bilion). 

Filem ini juga sudah mengatasi kutipan filem tertinggi Cruise di box office global iaitu filem Mission Impossible-Fallout pada 2018, dengan meraih AS$792 juta (RM4.1 bilion).  

Setakat ini, Amerika Syarikat (AS) mendominasi carta filem paling berjaya dengan kutipan AS$522 juta (RM2.3 bilion), diikuti United Kingdom AS$70 juta (RM307 juta) dan Jepun AS$41 juta (RM180 juta).    

Filem ini terbukti bertahan lama dalam carta box office AS, dengan unjuran pendapatan ia akan menghuni slot nombor satu, semasa minggu kelima tayangannya, mendahului Elvis arahan Baz Luhrmann. 

Portal Variety menjelaskan ‘pujian kritis dari mulut ke mulut’ membantu kecemerlangan filem ini. 

Bagaimanapun, kutipan filem tersebut masih jauh di belakang filem dengan kutipan tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda industri pawagam. 

Filem Spider-Man: No Way Home yang diterbitkan tahun lalu mengekalkan rekod di box office global dengan kutipan AS$1.9 bilion (RM7.6 bilion).    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya